Konichiwa!!!! gitewww…. ramai yang mitak versi halal so abg brian payungkan yer….
Antara resipi yang dikongsikan secara langsung di #SeleraAbangBrian …. ingat temu janji kite di fb hanya di @brianchenmasterchef
Teriyaki Chicken HALAL
* 500g ayam, dipotong kecil
* 1 sudu besar minyak masak
* 1/4 cawan kicap cair
* 3 sudu besar gula perang
* 1 sudu besar madu
* 1 sudu besar minyak bijan
* 2 sudu kecil bawang putih cincang
* 2 inci hali, dihiris nipis
* 1 sudu besar tepung jagung+ 3 sudu besar air.
1. Dalam kuali, tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak sehingga bau naik.
2. Masukkan ayam dan gaulkan mesra.
3. Masukkan kesemua bahan lain kecuali campuran tepung jagung dan biarkan reneh sehingga ayam masak sepenuhnya. Tambahkan sedikit air sekiranya kekeringan.
4. Masukkan campuran tepung jagung untuk pekatkan kuah sekiranya perlu.
#teriyaki #chicken #japanese #ayam #halal #resepihalal #resepi #quickrecipes #malaysianfood #malaysianrecipes #foodiesofinstagram #foodiesofmalaysia #resepimudah #resipimurah #resipi #EzMall #SemuanyaLebihEz #EzRecipes #easyrecipes